Skip to main content
Berita

Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) MIGHT – PNSB

6 April 2026, Cyberjaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai satu langkah terbaik dalam penyelarasan strategi antara dasar, industri dan pelaksanaan negara.

Beliau menjelaskan bahawa landskap global yang tidak menentu akibat konflik geopolitik menuntut Malaysia membina ekonomi yang lebih berdaya tahan, berasaskan inovasi dan dipacu bakat berkemahiran tinggi. Melalui Malaysia Innovation Index (MII), MOSTI kini berupaya menilai ekosistem inovasi di setiap negeri bagi melaksanakan intervensi strategik yang lebih tepat untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kolaborasi ini akan memberi fokus kepada sektor strategik berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, sains hayat, serta pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR) yang mempunyai rantaian nilai kompleks dan potensi eksport yang besar.
Sebagai pelengkap kepada usaha memperkukuh ekosistem berkenaan, MIGHT turut melancarkan Malaysia Smart City Outlook (MSCO) 2026–2030 sebagai dokumen strategik bagi pembangunan bandar pintar yang inklusif, mampan, dan berdaya tahan. MSCO ini telah dijajarkan dengan agenda nasional termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 dan komitmen perubahan iklim bagi memastikan bandar terus berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Penerbitan dokumen ini turut mendapat sokongan rakan strategik utama seperti KL Wellness City, Sunway, dan Cyberview.
Skip to content