Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM ke atas YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

9 April 2026, Putrajaya – Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh YBhg. Professor Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed, Dekan Fakulti telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, di pejabatnya hari ini.
Turut hadir, YBrs. Dr. Sharifah Faatihah Syed Mohd Fuzi, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa; YBrs. Dr. Mazlan Che Soh, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Dr. Nur Zafifa Kamarunzaman, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, UiTM serta wakil MOSTI.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam membuka jalan kepada kerjasama strategik antara FSPPP dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) khususnya dalam memacu agenda penyelidikan, pembangunan bakat, inovasi serta pengkomersialan teknologi selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
Skip to content