Skip to main content
Berita

Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bil. 1 Tahun 2026

11 Mei 2026, Putrajaya – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026 pada 11 Mei 2026. Mesyuarat pada kali ini memberikan tumpuan penuh kepada usaha memperkasa ekosistem sains, teknologi, dan inovasi (STI) negara.
Perancangan strategik ini amat penting bagi memastikan STI diangkat sebagai pemacu utama solusi ekonomi dalam mendepani cabaran kewangan serta rantaian ekonomi global. Antara inisiatif berimpak tinggi yang dibincangkan adalah Inisiatif Kebangsaan Berorientasikan Misi, termasuk pelaksanaan dengan kerjasama pihak Kerajaan dan swasta. Turut dibincangkan adalah cadangan bagi memacu inovasi global melalui pelaksanaan MyRDI.
Setiap ketetapan dan inisiatif yang dirangka bertujuan menawarkan solusi yang objektif, praktikal, dan berpaksikan realiti. Semoga pelaksanaannya kelak berjalan lancar bagi memperkukuh kedudukan inovasi negara dan memacu ekonomi demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Kredit Foto / Gambar : Amir Irsyad/Prime Minister’s Office of Malaysia
Skip to content