Skip to main content
Berita

Program Big Bang Astronomy

By 2021-10-21Oktober 25th, 2021No Comments
21 Oktober 2021, kuala Lumpur – MOSTI julungkalinya memperkenalkan satu inisiatif baru dengan penglibatan keseluruhan keluarga Malaysia iaitu Big Bang Astronomy yang telah bermula sejak 27 Ogos yang lalu dan dijangka tamat pada 30 November 2021. Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasian Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi atau ringkasnya STIE yang telah ditetapkan dalam teras kelima Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN 2021-2030).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, Big Bang Astronomi dilaksanakan oleh Planetarium Negara dengan tema “Women In Space” untuk memberikan inspirasi dan galakan kepada generasi muda, terutamanya di kalangan wanita untuk membabitkan diri dalam industri astronomi dan astrofizik. Ia juga bertujuan memberi penghormatan kepada sumbangan wanita dalam bidang astronomi dan sains angkasa.
Program Big Bang Astronomy julung-julung kalinya dilaksanakan sebagai inisiatif pendidikan, kesedaran astronomi dan sains angkasa agar mencetus budaya celik STI dan intellectual curiosity dari usia muda, membolehupaya peluasan pemikiran dan seterusnya meningkatkan daya saing masyarakat.
Sempena pelancaran Big Bang Astronomi 2021, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba turut mengumumkan pembukaan semula Planetarium Negara kepada seluruh Keluarga Malaysia iaitu mulai Jumaat, 12 November 2021. Pada Sabtu dan Ahad hari berikutnya iaitu pada 13 dan 14 November 2021, Planetarium Negara turut menawarkan kemasukan PERCUMA kepada semua pengunjung.
Planetarium Negara menganjurkan 15 aktiviti yang disokong oleh 21 rakan strategik dan penggiat astronomi serta 21 orang ahli astronomi professional Malaysia yang bersedia untuk merakyatkan astronomi negara. Melalui inisiatif ini, Planetarium Negara meletakkan harapan supaya program ini memberikan impak yang berkesan kepada rakyat untuk memahami kepentingan bidang berkaitan astronomi.
Maklumat lanjut berkaitan Program Big Bang Astronomy boleh diikuti melalui Planetarium Negara
Skip to content