Skip to main content
Arkib

Introductory Briefing Malaysia Plastic Pact (MPP)

By 2020-02-21April 19th, 2020No Comments

MESTECC dengan kerjasama agensi kerajaan, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan akan menubuhkan Malaysia Plastic Pact (MPP), iaitu satu jaringan persepakatan antara pemegang taruh awam dan swasta dalam usaha mentransformasikan kitaran ekonomi industri plastik ke arah persekitaran Malaysia yang bersih dan sihat menjelang 2020 yang juga sebagai sebahagian daripada rancangan MESTECC dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna, 2018-2030.

MPP ini bermatlamat untuk mengumpulkan semua pihak berkepentingan/pemegang taruh yang perlu dilibatkan dalam menangani masalah pencemaran sisa plastik agar tindakan secara kolektif dapat dilaksanakan bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan membangunkan sebuah ekonomi kitaran untuk industri plastik di Malaysia.