Pada 2 Ogos 2018, Dr.Beatrix Gabrielle Schlarb-Ridley, Pengarah Inovasi dan Impak, British Antartic Survey, United Kingdom telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Malaysia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara dalam bidang Penyelidikan Antartika.