Skip to main content
Arkib

Majlis Perasmian Kompleks Balai Islam TNB

By 2020-01-17April 19th, 2020No Comments

YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada 16 Januari 2020. Majlis turut dihadiri oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Tan Sri Leo Moggie, Pengerusi TNB YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah, Ketua Pengarah Eksekutif TNB, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MESTECC dan YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Majlis perasmian ini yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-70 TNB pada 1 September lepas, menjadi detik bersejarah buat syarikat utiliti elektrik negara itu apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan penamaan semula Kompleks Balai Islam itu kepada Kompleks Balai Islam An-Nur, Ibu Pejabat TNB.

Kompleks Balai Islam baharu ini dibina bagi menggantikan Balai Islam lama yang dibuka pada tahun 1971, selaras dengan hasrat TNB untuk terus menjadi komuniti korporat yang prihatin selain membuka pintu perkongsian kemudahan dengan masyarakat sekitar Lembah Pantai.

Projek pembinaan semula itu dilaksanakan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) sejak September 2017 bagi menggantikan binaan lama yang hanya mampu memuatkan kira-kira 800 jemaah. Kini, kompleks tiga tingkat yang lengkap dengan lif ini memiliki tiga ruang solat dengan kapasiti keseluruhan 2,850 jemaah.

Berita disunting dari BERNAMA

Skip to content