Skip to main content
Arkib

Pertandingan Robot Tempur Malaysia Mampu Lahirkan Pakar Muda Dalam Bidang Teknologi Robotik

By 2019-08-26April 19th, 2020No Comments

Pada 15 hingga 18 Ogos 2019, bertempat di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor telah berlangsung  Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2019 anjuran MESTECC melalui Pusat Sains Negara dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, MyRobotz dan Summit USJ.

Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2019 merupakan salah satu platform yang mampu melahirkan lebih ramai pakar muda dalam bidang teknologi robotik selain daripada menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seterusnya menggilap bakat dan pontensi diri pesertanya untuk lebih kreatif dan inovatif.

Penganjuran Pertandingan ini menjadi satu platform peningkatkan kelestarian pembangunan teknologi negara dalam bidang robotik dan teknikal menerusi aplikasi pembelajaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kehidupan seharian.

Pertandingan robotik ini juga memerlukan para pesertanya menghasilkan sebuah robot yang berkeupayaan untuk bertempur di dalam sebuah gelanggang khas. Berkonsepkan penghasilan robot tempur secara “hands-on”, peserta perlu mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang “wireless technology” dan juga “robot design” yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti.

Robot Tempur Malaysia 2019 menampilkan 40 pasukan yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan peserta dari luar negara iaitu Filipina.

Ciri unik pada pertandingan kali ini, robot yang bertanding telah dinaikan had maksimum berat daripada 30kg kepada 45kg, bukan itu sahaja, pentas juga dilengkapi dengan ciri keselamatan ‘double layer polycarbonate’ dan berteknologi tinggi. Robot ciptaan pasukan yang bertanding akan berentap sesama sendiri bagi merebut keseluruhan hadiah pelbagai kategori bernilai RM20,000.00.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2019 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Berikut adalah senarai para pemenang Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2019:

Kedudukan / Kategori Pemenang
Juara JOTOS (Kolej Komuniti Batu Pahat)
Naib Juara DCEN 1 (Universiti Malaysia Perlis, UNIMAP)
Tempat ke-3 ADTEC C (ADTEC Melaka)
Tempat ke-4 MES 88 (UNIMAP)
Rekaan Terbaik ATHOS (Kolej Komuniti Batu Pahat)
Kejuruteraan Terbaik MES88 (UNIMAP)
Saguhati
  • ADTEC A (ADTEC Melaka)
  • ADTEC B (ADTEC Melaka)
  • DCEN 2 (UNIMAP)
  • TODAK (Institut Latihan Perindustrian Mersing)

 

Skip to content