Skip to main content
Arkib

Program Penanaman Pokok Bakau Bantu Pulihara Kawasan Bakau Bagi Tingkatkan Biodiversiti Ekosistem Marin

By 2020-01-10April 19th, 2020No Comments

Pada 6 Januari 2020, bertempat di Pantai Leka, Muar, Johor telah berlangsung Program Penanaman Pokok Bakau bersama masyarakat setempat anjuran bersama oleh Lions Clubs International District 308 B1, Pejabat Daerah Muar dan Jabatan Alam Sekitar. Program yang dirasmikan oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini, diadakan sebagai salah satu usaha untuk memelihara dan memulihara kawasan bakau bagi meningkatkan biodiversiti ekosistem marin, di samping membantu menyerap pelepasan karbon yang semakin tinggi akibat daripada aktiviti manusia.

 

Pemuliharaan kawasan bakau adalah penting kerana kawasan ini merupakan zon penampan semula jadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai. Selain itu, pokok bakau juga boleh menyerap karbon empat kali ganda lebih daripada pokok hutan hujan (rainforest tree).

Sehubungan dengan itu, YB Menteri menyeru agar semua penduduk kampung dan masyarakat sekitar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pemeliharaan alam sekitar kerana ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.