Skip to main content
Arkib

Sesi Dialog Mengenai Tadbir Urus STI Yang Berkesan Untuk Malaysia Progresif Bersama YB Puan Yeo Bee Yin

By 2019-02-15April 19th, 2020No Comments

Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan Sesi Dialog mengenai Tadbir Urus STI yang Berkesan bagi Malaysia Progresif bersama YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 12 Februari 2019, bertempat di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Sesi Dialog YB Menteri bersama Fellow ASM dan Young Scientists Network ini, turut dihadiri oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha, MESTECC, YBhg. Professor Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Presiden ASM dan YM Academician Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen FASc, Naib Presiden ASM. Dalam majlis ini, YB Puan Yeo Bee Yin turut menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk Hala Tuju Strategik bagi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Malaysia.