Skip to main content
Arkib

UBATAN BIOSIMILAR AKAN DIJADIKAN MAMPU MILIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

By 2018-10-29April 19th, 2020No Comments

29 OKTOBER 2018, NILAI – Inisiatif biosimilar merupakan strategi yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat dan negara. Kerajaan mengiktiraf keupayaan InnoBio sebagai syarikat tempatan yang mampu menghasilkan ubatan biologik untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan dan mampu milik selain daripada memberi akses tambahan kepada rawatan terapeutik menggunakan ubatan biologik.

Karnival Biosimilar 2018 bertemakan “Mewujudkan Kesedaran Masyarakat ke Arah Inisiatif Peningkatan Taraf Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat” dirasmikan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, pada hari ini.

Karnival dua hari bertempat di Kompleks Biofarmaseutikal InnoBio, Nilai, Negeri Sembilan ini dianjurkan oleh Inno Bio Ventures Sdn Bhd (InnoBio), sebuah agensi di bawah MESTECC.

Karnival ini melibatkan penyertaan daripada industri farmaseutikal dan penjagaan kesihatan tempatan dan antarabangsa, perwakilan dari Pertubuhan Kerjasama Ekonomi D-8, ahli akademik, wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, pesakit-pesakit kanser, kumpulan advokasi berkaitan penjagaan kesihatan serta pelajar sekolah dan universiti.

Dalam ucaptama, Dr. Wan Azizah berkata, “Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mencegah penularan penyakit kanser dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser (2016 – 2020).

Beliau turut menegaskan, “Kanser merupakan penyakit ketiga tertinggi menyumbang kepada kadar kematian di dalam negara. Terdapat tiga jenis kanser utama dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Kanser Payudara, Kolorektal dan Paru-paru. Oleh itu, Kerajaan menyokong sepenuhnya sebarang usaha yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang bahaya kanser melalui beberapa program bersubsidi seperti progra pengesanan awal kanser dan pencegahan.”

Pada masa yang sama, Dr. Wan Aziah turut menekankan salah satu inovasi dalam penggunaan ubatan biologik adalah melalui pembangunan produk-produk biosimilar.


-TAMAT-


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Normaizatulakmal Tujad

Pegawai Perhubungan Awam Kanan

Unit Komunikasi Korporat

MESTECC

akmal.tujad@mosti.gov.my

012-9075372

Skip to content