Skip to main content
Berita

Kuasai Teknologi Angkasa : Masa Depan Untuk Malaysia

By 2016-10-10Mac 9th, 2017No Comments

Kuala Lumpur, 10 Oktober – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), telah menganjurkan program Minggu Angkasa Sedunia atau World Space Week 2016 (WSW2016) dengan tema Remote Sensing : Enabling Our Future bermula 4 Oktober dan berakhir pada 10 Oktober iaitu pada hari ini .

Menurut YB Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ,YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah ” Sambutan WSW2016 adalah selaras dengan Teras ke Tujuh Dasar Sains,Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang menekankan pembudayaan Sains,Teknologi, Inovasi dan keusahawanan menerusi peningkatan program-program kesedaran dan penghayatan pembudayaan sains dan teknologi “.

World Space Week merupakan sambutan di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi angkasa. Bermula pada tahun 1999, pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan bahawa 4 hingga 10 Oktober sebagai sambutan Wold Space Week. Tarikh 4 Oktober dipilih sebagai permulaan sambutan sempena dengan tarikh kejayaan manusia meneroka angkasa dengan pelancaran Sputnik 1. Manakala tarikh 10 Oktober pula adalah bersamaan dengan tarikh tandatangan triti angkasa lepas.

Bagi memeriahkan sambutan WSW2016 pada tahun ini, ANGKASA telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik iaitu pencerapan matahari dan langit malam, Planetarium Talk, Space Café(sesi perkongsian),Junior Space Classroom(Si Cilik Angkasa), Astro Fairs(pameran), Kuiz Angkasa secara atas talian. Untuk makluman, aktiviti-aktiviti sepanjang WSW2016 ini telah memanfaatkan kira-kira 21,000 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar IPTA,penjawat awam, belia dan orang ramai.

Paling istimewa , sesi Live Communication with ISS (International Space Station) iaitu kira-kira 24 orang pelajar Universiti Teknologi MARA berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan Takuya Onishi ,angkasawan Jepun yang sedang berada di stesen angkasa antarabangsa selama 10 minit pada 7 Oktober 2016, jam 2.24 minit pagi.

Adalah menjadi harapan MOSTI, selepas ini agar lebih ramai, rakyat Malaysia ,khususnya generasi muda, berminat untuk meneroka dan mempelajari faedah dan kepentingan teknologi angkasa dalam usaha membangunkan negara.

Pada majlis ini juga, berlangsung penyerahan The Bust of Yuri Gagarin daripada His Excellency Valery N. Yermolov, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Russian Federation to Malaysia kepada YB Datuk Abu Bakar , sebagai penghargaan atas hubungan baik antara Malaysia dan Rusia dalam bidang angkasa lepas, seterusnya ia bakal ditempatkan di Planetarium Negara sebagai salah satu bahan pameran.

Turut diumumkan ialah pemenang Pertandingan Asian Try Zero G iaitu Muhammad Amirushsyahmi bin Zaidie daripada Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar,Perak dengan eksperimen bertajuk Magnus Effect.

Antara yang hadir pada majlis ini adalah His Excellency Valery N. Yermolov, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Russian Federation to Malaysia, YBrs. Dr. Noordin bin Ahmad,Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara(ANGKASA) dan Pn. Anita binti Bahari, Pengarah Planetarium Negara.

Skip to content