Skip to main content
Berita

Raya @MOSTI: Dari Desa ke Angkasa

By 2015-08-12Disember 14th, 2020No Comments

KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2015. Sambutan Raya @MOSTI, dari Desa ke Angkasa telah berlangsung meriah bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang tadi di Dewan Perdana Felda. Ianya di hadiri tetamu yang terdiri daripada kakitangan MOSTI/jabatan/agensi, pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan GLC, penerima-penerima dana MOSTI, rakan-rakan media dan masyarakat umum. Pada majlis tersebut YB Datuk Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak Yatim iaitu Rumah Anak-anak Yatim Raudhatul Ikhwan, Rumah Anak-anak Yatim An Nasuha, Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan (NURI) dan Rumah Amal Al-Firdaus.

Skip to content