Skip to main content
Berita

23rd Regular Session of Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC)

30 Jun 2024, Saudi Arabia – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri “23rd Regular Session of Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC) pada 30 Jun 2024 yang diadakan di Jeddah, Saudi Arabia. YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman menekankan mengenai tiga (3) aspek penting iaitu Landskap AI di Malaysia, Dasar AI di Malaysia dan Prinsip AI yang bertanggungjawab.

YBhg. TKSU(T) turut mengetengahkan dasar negara berkenaan teknologi yang menyokong Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan termasuk Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) 10-10 dan juga usaha Malaysia berkaitan pembangunan bakat dalam negara.
Skip to content