Skip to main content
Berita

2nd Ministerial Meeting of The World Fusion Energy Group 2025 & 30th IAEA Fusion Energy Conference

15 Oktober 2025, China – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengetuai delegasi rasmi Malaysia ke 2nd Ministerial Meeting of the World Fusion Energy Group 2025 dan 30th IAEA Fusion Energy Conference yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2025 di Chengdu, China.

Mesyuarat dan persidangan berprestij ini menghimpunkan pembuat dasar serta pakar tenaga dari seluruh dunia bagi membincangkan hala tuju fusion technology sebagai alternatif teknologi dalam penjanaan sumber tenaga boleh diperbaharui masa hadapan yang bersih, selamat dan mampan. Program ini merangkumi mesyuarat peringkat menteri, sesi persidangan serta pameran projek dan teknologi oleh syarikat serta institusi penyelidikan antarabangsa yang terlibat secara aktif dalam pembangunan teknologi gabungan tenaga tersebut.
Dalam sesi Ministerial Meeting, Puan Ruziah binti Shafei menyampaikan National Statement yang menegaskan komitmen Malaysia terhadap usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam membangunkan kerangka perundangan dan peraturan dalam bidang tenaga nuklear sejajar dengan piawaian keselamatan antarabangsa di bawah IAEA sebelum sebarang langkah pelaksanaan dilaksanakan.
Sepanjang program ini, delegasi Malaysia turut mengadakan sesi pertemuan dua hala (bilateral meeting) bersama China Atomic Energy Agency (CAEA), China National Nuclear Corporation (CNNC) dan China General Nuclear Power Corporation (CGN). Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan inovasi bersama, pembangunan bakat, pengurusan keselamatan nuklear serta pertukaran kepakaran teknikal antara Malaysia dan China.
Penyertaan Malaysia dalam acara ini memperkukuh peranan negara sebagai rakan strategik dalam kerjasama tenaga bersih di peringkat global, serta menandakan langkah penting ke arah menjadikan Malaysia sebahagian daripada ekosistem inovasi tenaga gabungan serantau.
Skip to content