Skip to main content
Berita

3rd World Local Production Forum

9 April 2025, Abu Dhabi – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Dr. Luis Pizarro, Executive Director, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) sempena penyertaan di 3rd World Local Production Forum di Abu Dhabi.
DNDi adalah sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpusat di Geneva, Switzerland, bertujuan untuk membangunkan rawatan yang mampu milik dan berkesan bagi penyakit-penyakit yang sering diabaikan, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Antara kolaborasi DNDi bersama Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia adalah membangunkan rawatan untuk Malaria, Hepatitis C dan Denggi.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah berkongsi usaha Kementerian dalam pembangunan ekosistem vaksin melalui Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan pendanaan dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin tempatan.
Potensi kolaborasi bersama organisasi antarabangsa seperti DNDi yang berpengalaman dalam R&D sektor perubatan terutamanya dalam pelaksanaan kajian pra-klinikal dan klinikal bakal memacu perkembangan ekosistem vaksin tempatan.
Skip to content