Skip to main content
Berita

3rd World Local Production Forum

10 April 2025, Abu Dhabi – Sesi “Theme 5: Transforming Local Manufacturing with Artificial Intelligence (AI), Digitalization and Climate Change” di 3rd World Local Production Forum telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI.

Sesi ini melibatkan panel penceramah antarabangsa iaitu Professor Anthony So, John Hopkins University, Dr. Ricardo Baptista Leite, HealthAI, Professor Renan Gonçalves Leonel da Silva, New Jersey Institute of Technology dan Dr. Marta Fernandez Suarez, Concept Foundation.
Para panel telah berkongsi mengenai cabaran dan peluang berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan integrasi aspek kelestarian dalam membangunkan kapasiti pengeluaran biofarmaseutikal tempatan susulan pandemik COVID-19.
Kemunculan teknologi AI telah merevolusikan sektor pembuatan biofarmaseutikal dari penemuan, pembangunan, pendaftaran sehingga ke pengkomersialan. Sektor pembuatan biofarmaseutikal perlu memanfaatkan teknolgi yang dapat mempercepatkan pembangunan kapasiti dan keupayaan pengeluaran tempatan.
Skip to content