Skip to main content
Berita

4th Asian and Oceanic Congress on Radiation Protection (AOCRP-4)

By 2014-05-14Disember 14th, 2020No Comments

UKK_4174

 

Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) telah menganjurkan kongres antarabangsa, 4th Asian and Oceanic Congress on Radiation Protection (AOCRP-4), di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 12-16 Mei 2014. Ia adalah anjuran bersama Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kongres ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Acara ini menjadi platform penting dalam perkongsian maklumat saintifik dan penemuan terkini dan memberi peluang kepada Malaysia untuk menjalin hubungan dengan saintis dan penyelidik dari luar negara dan mengukuhkan pengetahuan dalam bidang pelindungan sinaran termasuk bidang sinaran tiak mengion (non-ionizing radiation).

Kongres AOCRP dianjurkan empat tahun sekali oleh negara yang menganggotai Asian and Oceanic Association for Radiation Protection (AOARP). Sebelum ini kongres ini dianjurkan oleh Korea (2002), China (2006) dan Jepun (2010). Untuk kongres AOCRP kali ke 4, Malaysia terpilih untuk menjadi tuan rumah dan MARPA yang ditubuhkan sejak tahun 2002 merupakan organisasi bukan kerajaan bagi pekerja yang bekerja dalam industri teknologi sinaran di Malaysia telah menjadi penganjur acara berprestij ini.

Kongres kali ini disertai oleh 352 peserta dari 34 negara yang terlibat di dalam bidang perlindungan sinaran. Sebanyak 146 pembentangan kertas kerja telah dibuat di mana serai 65 orang peserta membentangkan kertas kerja secara oral dan 81 peserta menyertai sesi poster dalam bidang kepakaran masing-masing. Antara topik yang dibentangkan adalah kesan sinaran mengion, pengukuran sinaran dan dosimetri, keselamatan dan kawalan sumber radioaktif, pelan kecemasan, pendidikan dan piawaian peraturan, perlindungan sinaran dalam bidang perubatan, pengurusan sisa bahan radioaktif, sinaran tidak mengion dan perlindungan sinaran dalam keselamatan nuklear.

YB. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia berharap MARPA akan meneruskan peranan penting bagi memupuk dan mengukuhkan peranan penting bagi memupuk dan mengukuhkan budaya perlindungan serta keselamatan sinaran di kalangan pekerja sinaran di dalam industri yang berkenaan.