Skip to main content
BeritaCovid-19

Ketibaan 415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Sumbangan Kerajaan United Kingdom

By 2021-08-03Ogos 4th, 2021No Comments
3 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Sebanyak 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan United Kingdom tiba di KLIA kira-kira jam 2.20 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Luar Negeri, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-9 Kebangsaan (PICK), YB Dato’ Sri Adham Baba, Menteri Kesihatan dan HE Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia.
Vaksin tersebut kemudiannya di bawa ke Institut Kanser Negara sebelum diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin seluruh negara. Pada 28 Julai 2021 yang lepas, Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel United Kingdom, TYT Dominic Raab telah mengumumkan sumbangan vaksin kepada beberapa buah negara dan Malaysia merupakan antara negara paling awal menerima sumbangan ini.
Terima kasih Kerajaan United Kingdom. Semoga usahasama Malaysia-United Kingdom kekal utuh terutama dalam usaha menangani cabaran pandemik ketika ini!
Skip to content