Skip to main content
Berita

8th International Biotechnology Symposium

29 Ogos 2023, Sabah – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan 8th International Biotechnology Symposium di Sabah International Convention Centre. Simposium yang membawa tema “Translational Biotechnology: Impact and Way Forward” ini menghimpunkan saintis dan penyelidik tempatan dan antarabangsa dari pelbagai agensi.
Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) telah dilancarkan pada September 2022 dengan objektif mengukuhkan ekosistem bioteknologi Malaysia. DBN 2.0 akan memberi tumpuan kepada tiga (3) tunjang utama iaitu Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, Bioteknologi Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan serta Bioteknologi Perindustrian dan Ekonomi Kitaran.
DBN 2.0 juga bertujuan untuk mencipta peluang kekayaan melalui industri berpotensi yang berkaitan dengan bioteknologi, dengan sasaran sumbangan 5% KDNK Malaysia menjelang tahun 2030.
Hadir sama, YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI. Seramai 215 peserta dari pelbagai negara termasuk Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, dan Indonesia telah menyertai simposium ini.
Skip to content