7 April 2025, Abu Dhabi – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah mengetuai delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyertai AIM Congress 2025 dan 3rd World Local Production Forum di Abu Dhabi.
Pada penyertaan tersebut, beliau telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Dr. Heather Taylor-Strauss, Ketua Program Pelaburan Langsung Asing (FDI), United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UN ESCAP) bagi meneroka potensi kolaborasi MOSTI bersama UN ESCAP dalam memanfaatkan pembangunan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan startup melalui FDI.
UN ESCAP merupakan satu platform antara kerajaan yang inklusif di rantau Asia-Pasifik untuk mempromosikan kerjasama di kalangan 53 Negara Anggota dan 9 Ahli Bersekutu dalam usaha mencari penyelesaian terhadap cabaran pembangunan mampan. Ia menyokong pembangunan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan di rantau ini dengan menjana pengetahuan yang berorientasikan tindakan serta menyediakan bantuan teknikal dan perkhidmatan pembinaan kapasiti.
Potensi kolaborasi pelaburan melalui UN ESCAP dalam memacu perkembangan sektor R&D seperti teknologi termaju, angkasa, tenaga hijau dan pembangunan startup tempatan dapat memperkukuh dasar dan kapasiti teknologi negara melalui pemindahan pengetahuan, kerjasama serantau dan bantuan teknikal.
Daya tarikan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor teknologi dapat dipertingkatkan dan menyokong pembangunan mampan negara dalam mencapai kebolehan technology sovereignty.