Skip to main content
Berita

Amanat Perdana Menteri Hari Kebangsaan 2026

30 Ogos 2026, Putrajaya – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama ribuan rakyat Malaysia berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri mengingatkan bahawa kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh, sebaliknya menuntut pengorbanan yang sebesar-besarnya.
Mengambil semangat daripada pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta ungkapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Perdana Menteri menegaskan bahawa kemerdekaan harus diterjemahkan melalui pembinaan jiwa yang merdeka, penolakan terhadap perkauman, rasuah dan penindasan, serta kesetiaan kepada amanah rakyat. Kini, tibalah giliran generasi kini menggalas amanah sejarah.
Amanat kali ini membawa berita yang cukup positif apabila enam ikhtiar segera diumumkan untuk meringankan beban rakyat dan menggerakkan ekonomi, berkuat kuasa mulai 1 September 2026.
Antaranya, penambahan semula kuota BUDI95 dan BUDI Diesel, peruntukan penyelenggaraan sekolah 2027, pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta, tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, Geran Sejahtera MADANI RM200 juta untuk penjaja dan peniaga kecil, Program AI Percuma untuk seluruh rakyat, serta usaha memperkukuh infrastruktur dan sistem digital sektor kesihatan awam.
Terima kasih YAB Perdana Menteri!
Skip to content