Skip to main content
Berita

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2015 (AIN 2015) : PENGIKTIRAFAN MINDA-MINDA CEMERLANG DALAM BIDANG PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN (R,D&C)

By 2015-05-23Mac 9th, 2017No Comments

 

KUALA LUMPUR (KLCC), 23 Mei 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  mengiktiraf minda-minda cemerlang dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C) dalam majlis khas iaitu Malam Anugerah Inovasi Negara 2015 (AIN 2015). YAB Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Hj Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia telah berbesar hati menyampaikan AIN 2015 yang menyenaraikan empat (4) kategori utama, iaitu: 

BilJenisKategoriHadiah (RM)
1Anugerah InovasiProduk50,000
Perkhidmatan50,000
Akar umbi20,000
Sekolah10,000

 

“Tahun 2015 merupakan tahun ke-9 AIN dianjurkan dan telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada pereka cipta di pelbagai peringkat. Ini terbukti dengan penerimaan sebanyak 709 penyertaan (secara keseluruhan) berbanding  hanya 430 penyertaan pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 64.9%. Peningkatan ini menunjukkan keupayaan rakyat Malaysia dalam membudayakan inovasi kian menggalakkan”, demikian menurut YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan alu-aluannya.

Selain daripada AIN 2015, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Saintis Muda Negara (hadiah bernilai RM20,000.00) dan Anugerah Juruteknologi Negara (hadiah bernilai RM10,000.00) sebagai mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mereka dalam memajukan penyelidikan sains, teknologi dan inovasi  (STI) Malaysia.

AIN 2015 yang merupakan acara kemuncak Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2015 (NICE 2015), bertemakan Melewati Inovasi (Beyond Innovation), 21-23 Mei 2015 turut memperlihatkan kesudian YAB Timbalan Perdana Menteri menyerahkan Baju Panas Student on Ice : Arctic Expedition 2015 kepada dua pelajar dan seorang guru dari negeri Terengganu dan Maktab Rendah Sains Mara yang akan menyertai ekpedisi pendidikan ke benua Artik melalui program Students on Ice bermula daripada 27 Julai sehingga 10 Ogos 2015. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan MOSTI dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH INOVASI NEGARA

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARAENCIK ADZ JAMROS BIN RAZALIDARIUNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARAPROF. MADYA IR. DR. SHARIFAH RAFIDAH BINTI WAN ALWIDARIUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
ANUGERAH INOVASI NEGARA
KATEGORI SEKOLAHKOLEJ TUNKU KURSHIAHDengan Tajuk Projek, SPIXHAUST
KATEGORI AKAR UMBIENCIK MOHD ASRI BIN DOLAHDengan Projek, AUTO EZ TREX
KATEGORI PERKHIDMATANHOSPITAL PASIR MAS, KELANTANDengan Projek, PENAMBAHBAIKAN TEKNIK PEMERIKSAAN X-RAY VETEBRA LUMBAR DI ATAS TROLI
KATEGORI PRODUKECLIMO SDN. BHD.  Dengan Projek, ELECTRIC SCOOTER ES11 POWERED BY LITHIUM BATTERY PACK WITH IN WHEEL MOTOR