16 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini meraikan para penerima Anugerah Pekerja Terbaik Sukuan Kedua 2025 dalam satu Majlis Makan Tengah Hari bersama warga MOSTI.
Anugerah ini merupakan inisiatif baharu pengurusan MOSTI bagi mengiktiraf warga kerja yang menunjukkan komitmen tinggi, produktiviti cemerlang serta kualiti kerja luar biasa dalam menyokong visi kementerian.
Tahniah kepada semua penerima. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga MOSTI untuk terus melangkah maju dan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi.