7 November 2023, China – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah menyaksikan pelancaran lima (5) inisiatif baru dalam Belt and Road Conference on Science and Technology Exchange oleh Menteri Kementerian Sains dan Teknologi (MOST) China, Yin Hejun. Beliau juga turut menyampaikan amanat Presiden Republic of China, Xi Jinping.
Antara inisiatif tersebut adalah penggunaan teknologi dan sains bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkan taraf hidup rakyat, pembangunan teknologi mampan, menggalakkan lagi pertumbuhan inovasi keusahawanan , perkongsian teknologi angkasa.