Skip to main content
Berita

Bengkel Pemahaman EKSA MOSTI

28 Jun 2024, Putrajaya – Bengkel Pemahaman EKSA MOSTI telah berlangsung hari ini dan dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA MOSTI.
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di perkenalkan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Seramai 48 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada wakil warga kerja Ibu Pejabat MOSTI termasuk Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara, Jabatan Kimia dan Agensi Nuklear Malaysia.
Fasilitator Champion EKSA iaitu Pn. Izzatul Azima binti Abdul Yamin dari Jabatan Perkhidmatan Awam telah dijemput sebagai penceramah bengkel ini. Di akhir bengkel, peserta terbaik telah dipilih iaitu Pn. Nur Atirah Aiman Rahim dari Unit Perundangan bagi kategori wanita. Manakala En. Mohd Redza bin Abd Razak dari Unit Audit Dalam adalah pemenang bagi kategori lelaki.
Persekitaran Kondusif, Warga Progresif.
Skip to content