Skip to main content
Berita

Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2026-2030

11 September 2025, Putrajaya – Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MOSTI 2026-2030 di The Everly, Putrajaya dari 8 hingga 11 September 2025.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, dengan penyertaan wakil Person-In-Charge (PIC) daripada semua bahagian dan unit di MOSTI. Bengkel ini turut dibantu oleh YBrs. Tuan PPj Fadlyzal Bin Mohd Zain daripada Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, dengan sokongan urus setia dari Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Platform ini menjadi ruang penting untuk MOSTI dan SPRM berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam merangka pelan antirasuah yang komprehensif, meliputi fokus utama berikut:
1. Menyelaras Hala Tuju Baharu
2.Menilai Pencapaian Sedia Ada
3. Mengenal Pasti Risiko Rasuah
4. Membina Strategi Pencegahan
5. Memperkasakan Tadbir Urus dan Integriti
6. Meningkatkan Penglibatan Pihak Berkepentingan
7. Mengukuhkan Keyakinan Awam
Bengkel ini akan menghasilkan Pelan Antirasuah Organisasi MOSTI 2026–2030 yang lebih mantap, inklusif dan berkesan yang akan menjadi panduan tadbir urus dalam tempoh lima tahun akan datang selaras dengan aspirasi agenda nasional ke arah Malaysia yang bebas rasuah dan berdaya saing di peringkat global.
Skip to content