28 September 2024, Putrajaya – Syabas dan tahniah kepada pasukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah berjaya memenangi pingat emas bagi kategori S, Cabaran Langkah Sihat Antara Kementerian di Putrajaya pada 20 Ogos 2024 hingga 3 September 2024 dan berlangsung selama 15 hari.
YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan telah hadir menerima hadiah kemenangan mewakili pasukan-pasukan dari MOSTI yang Luar Biasa.
Cabaran Langkah Sihat ini merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu aktiviti pembudayaan hidup sihat di bawah inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS).
Ayuh semua, kita kekal sihat, kekal cergas dengan 10,000 langkah sehari. #KukuhkanImunitiBadan