Skip to main content
BeritaCovid-19

Construction Industry Vaccination Programme (CIVac) di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras

By 2021-06-30Julai 5th, 2021No Comments
30 Jun 2021, Kuala Lumpur – Industri pembinaan dianggar memerlukan dua juta dos vaksin bagi memastikan semua pekerja dalam sektor itu mendapat imunisasi terhadap COVID-19, sekali gus dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Dalam melaksanakan proses imunisasi pekerja sektor pembinaan, Construction Industry Vaccination Programme (CIVac) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di perkenalkan. Program CIVac merupakan program kerjasama kerajaan dan swasta bertujuan untuk mempercepatkan pengambilan vaksinasi di kalangan pekerja pembinaan bagi mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.
Program vaksinasi CIVac bermula pada hari ini di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, untuk pekerja binaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pusat Pemberian Vaksin untuk CIVac di negeri Selangor pula akan dibuka di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada 14 Julai.
Menteri Kanan Kerja Raya,YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) CIVac di Pusat Konvensyen CIDB hari ini.
Skip to content