Skip to main content
Berita

Cybersecurity Malaysia Meningkatkan Keupayaan Forensik Digitalnya melalui Perkongsian dengan National Forensic Service, Korea

By 2014-12-10Disember 14th, 2020No Comments

SAMSUNG CSC

SEOUL (10 Disember 2014) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, Cybersecurity Malaysia  dan National Forensic Service (NFS), Korea hari ini telah bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan hubungan kerja, disaksikan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersempena dengan lawatan kerja YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Republik Korea (ROK) 9-11 Disember 2014.

MOSTI diwakili oleh Dr Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cybersecurity Malaysia  , manakala National Forensic Service (NFS), Korea  pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Joong Seok Seo.

“Dijangkakan kerjasama ini menghasilkan kepakaran yang lebih tinggi serta kualiti kakitangan Cybersecurity Malaysia, aktiviti pemindahan teknologi dalam jangka masa pendek dan panjang, meningkatkan daya tahan keselamatan siber Malaysia melalui pendekatan dan kaedah baru dan pembangunan sistem juga mengukuhkan rangkaian industri di antara syarikat-syarikat Korea dan Malaysia dalam bidang keselamatan siber ” kata YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.