Skip to main content
Berita

D-8 Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) Technology Investment Meeting (TIM) 2024

12 Ogos 2024, Kuala Lumpur – D-8 Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) Technology Investment Meeting (TIM) 2024 telah berjaya dianjurkan pada 12-13 Ogos 2024 di Kuala Lumpur. D-8 TTEN terdiri daripada lapan ( 8 ) negara Muslim membangun iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan, dan Turkiye, di mana Sekretariat D-8 TTEN berpusat di Taman Teknologi Pardis, Tehran, Iran.
TIM adalah salah satu program di bawah D-8 TTEN yang berfungsi sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama pelaburan antarabangsa dalam pelbagai bidang, dengan matlamat untuk menyokong pembangunan syarikat permulaan di seluruh dunia. Kandungan TIM adalah termasuk Startup Pitch Deck Presentations, International Investment Opportunities, International B2B Meetings, Panel Discussion on Consumer Insight dan Industry Case. Sehingga kini, TIM telah diadakan sebanyak lima kali di Iran, iaitu pada tahun 2017, 2020, 2021, 2022, dan 2023. Ini adalah kali pertama TIM diadakan di Malaysia.
TIM 2024 telah memperlihatkan 2 sesi ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ค๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ iaitu dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tenaga & kelestarian yang telah melibatkan 14 syarikat startups tempatan dan antarabangsa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.
๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ: ๐—”๐—œ
๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—”๐—ฆ๐—ฉ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐— ๐—ง๐——๐—–) โ€“ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
Desight – Sensor IoT dengan jalur lebar dan kos rendah dengan teknologi AI dan kemampuan pemprosesan data yang efisyen, membolehkan pemantauan dilakukan walaupun di kawasan terpencil.
๐Ÿญ๐˜€๐˜ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ
๐—ฅ๐—ฒ๐—ฐ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—š๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ฝ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐— ๐—œ๐— ๐—ข๐—ฆ) โ€“ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
RECOVE adalah platform teknologi bagi ujian darah tanpa invasif untuk mengesan hemoglobin dan pengumpulan data tanda vital
๐Ÿฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ
๐—”๐˜†๐˜†๐˜‡๐—ฎ ๐—”๐—œ โ€“ ๐—œ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป
Peranti ini dapat menambah baik operasi agar lebih efisyen, memantau keselamatan, mengoptimumkan enjin carian (SEO), dan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) โ€“ semuanya dari satu papan pemuka.
.
๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ: ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” & ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก
๐—•๐—ฒ๐˜€๐˜ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ – ๐—ก๐—š๐—Ÿ ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต (๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ) – Ditubuhkan pada tahun 2009, NGLTech adalah syarikat pembangunan dan kejuruteraan teknologi antarabangsa yang didaftarkan di Malaysia, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyampaian turnkey untuk teknologi dan sistem proses proprietari bagi industri Minyak & Gas dan industri berkaitan.
๐Ÿญ๐˜€๐˜ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ โ€“ ๐—ฃ๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐˜๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ (๐—ก๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ) – Powerstove menghasilkan dapur memasak pintar tanpa asap yang juga menjana elektrik untuk pengguna dengan menggunakan bio-pellet mampan sebagai bahan api, yang dihasilkan daripada sisa tanaman selepas penuaian dan sisa kayu
๐Ÿฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ – ๐—ฆ๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—–๐—น๐—ผ๐˜‚๐—ฑ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ (๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ) – Penyelesaian teknologi untuk mencapai kecekapan penyejuk yang optimum dengan menggabungkan platform IoT, rangkaian sensor tanpa wayar, dan analitik terkini dengan cekap.
Skip to content