Skip to main content
Berita

Delegasi Malaysia ke 13th Forum on China-Asean Technology Transfer and Collaborative Innovation (FCATTCI-13)

16 September 2025, China – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, TKSU (Perancangan & Pembudayaan Sains), MOSTI mengetuai delegasi Malaysia ke 13th Forum on China-ASEAN Technology Transfer and Collaborative Innovation (FCATTCI-13) pada 15–18 September 2025 di Nanning, Guangxi, China.

Dalam ucaptama bertemakan β€œShared AI, Shared Future”, beliau menegaskan bahawa AI kini menjadi teknologi penentu abad ke-21 dengan potensi besar dalam pelbagai sektor. Beliau menyeru agar pembangunan AI:
πŸ“Œ Dipandu secara beretika dan inklusif, supaya manfaatnya dirasai semua – dari petani luar bandar hingga ke industri berteknologi tinggi.
πŸ“Œ Berteraskan kepercayaan, selaras dengan pelancaran AI Governance & Ethics Guidelines 2024.
πŸ“Œ Memacu pembangunan bakat melalui program upskilling/reskilling oleh MDEC, HRD Corp, MRANTI dan IPTA, serta memperkenalkan konsep AI di peringkat sekolah.
πŸ“Œ Membangunkan ekosistem AI lengkap, termasuk platform AI berdaulat, kemudahan pengkomputeran berprestasi tinggi, rangkaian 5G dan sandbox inovasi.
πŸ“Œ Menghasilkan teknologi tempatan seperti Malaysia AI Sandbox dan Large Language Models (MaLLaM & Merdeka LLM) untuk bahasa serantau.
Malaysia juga mencadangkan tiga teras kerjasama ASEAN-China:
1. Tadbir urus data & protokol keselamatan AI bersama.
2. Memperkukuh ASEAN Plus Three Young Scientists Forum sebagai rangkaian tetap.
3. Projek AI bersama dalam perubahan iklim, keselamatan makanan, kesiapsiagaan bencana & respons pandemik.
Sebagai Penyelaras Negara ASEAN-China 2024–2027, Malaysia komited memacu dialog dasar AI, membina Koridor Inovasi Digital ASEAN-China dan memastikan AI menjadi jambatan peluang – bukan jurang perpecahan.
Skip to content