Skip to main content
Berita

Detik Pertama YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba Mengimbas Kad Perakam Waktu sebagai Menteri MOSTI Yang Baharu

1 September 2021, Putrajaya – Sebentar tadi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba buat pertama kalinya melangkah masuk ke pejabat beliau di Bangunan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menjalankan tugasnya sebagai Menteri MOSTI yang baharu.
Ketibaan beliau dan YB Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim disambut warga kerja MOSTI secara fizikal dan dalam talian. Hadir sama YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains).
Untuk rekod, pada hari Isnin, 30 Ogos 2021, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah memulakan tugasan rasmi sebagai Menteri MOSTI dengan mengadakan lawatan ke Technology Park Malaysia, yang merupakan salah sebuah agensi di bawah MOSTI.
Skip to content