Skip to main content
Berita

Green Computing Awards 2021 Pemangkin Kelestarian Penggunaan Tenaga

By 2021-12-13Januari 3rd, 2022No Comments
13 Disember 2021, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini merasmikan Green Computing Awards 2021 (GCA 2021) yang merupakan inisiatif kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi di bawahnya, Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang menunjukkan komitmen MOSTI terhadap inisiatif pengkomputeran hijau.
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang GCA 2021 iaitu:
1. Sistem Elektrikal Terbaik – Jabatan Kerja Raya Malaysia;
2. Kejuruteraan Sistem Terbaik – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia;
3. Kawalan Alam Sekitar Terbaik – Majlis Bandaraya Petaling Jaya;
4. Kawalselia dan Pelaporan Terbaik – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
5. Kebolehskalaan dan Daya tahan Terbaik – Jabatan Peguam Negara Malaysia;
6. Pengurusan Terbaik – Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia;
7. Anugerah Advokasi Industri – Ts. Rizman Yusam, Jabatan Pendaftaran Negara; dan
8. Terbaik antara yang Terbaik – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Pemilihan dibuat oleh hakim-hakim yang terdiri daripada ahli-ahli profesional industri dan ahli akademik dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Penilaian dibuat
berdasarkan laporan audit yang disediakan setiap dua tahun oleh agensi-agensi berkaitan. Tahun 2022 bakal menyaksikan pengenalan kategori baru serta penglibatan industri swasta.
YB Dato’ Sri Dr. Adham juga turut melancarkan pusat Greendata, Edgibility Cyberjaya 1 (ECJ1) yang terletak di MIGHT. Pusat data ini menampilkan teknologi di mana semua server ditenggelamkan di dalam bahan penyejuk dalam usaha memenuhi keperluan kawalan suhu dan pengurangan penggunaan tenaga elektrik. ECJ1 ialah satu-satunya
pusat data yang mempunyai pensijilan tahap titanium untuk kemudahan pengkomputeran karbon rendah di Asia Pasifik dan timur tengah.
YB Dato’ Sri Dr. Adham juga berbangga atas pengkomersialan teknologi tersebut yang
merupakan hasil daripada program Dana Newton-Ungku Omar, yang diwujudkan oleh
kerajaan United Kingdom dan Malaysia. Teknologi ini telah berjaya menarik langganan
antarabangsa, antaranya oleh Regal Orion Sdn Bhd, bertempat di bandar Enstek, Negeri
Sembilan.
Pengkomputeran hijau telah membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60%
beserta pengurangan jejak karbon. Penggunaan kit ini oleh pusat data sektor awam serata Malaysia berpotensi mengurangkan penggunaan tenaga kepada 402,557,040KWj, dengan penurunan bil tenaga kepada hanya RM181,150,668 disertai penuruhan jejak karbon kepada 287,425 tan metrik.
Enam pusat data yang telah memenangi anugerah hari ini, secara kolektifnya telah
menjimatkan kos elektrik kerajaan sebanyak RM4.1 juta setahun disamping mengurangkan jejak karbon mereka sebanyak 6,751 tan metrik setahun.
Skip to content