Skip to main content
Berita

Hari Terakhir Program Madani Rakyat Perak 2026

5 April 2026, Ipoh – Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Perak 2026 telah melabuh tirai pada hari ini. MOSTI merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih para pengunjung yang telah hadir serta memeriahkan aktiviti di Reruai MOSTI Dan Khemah STEM AI sepanjang tiga hari program berlangsung.

Sambutan hangat daripada ibu bapa dan pelajar membuktikan minat terhadap bidang digital dan robotik kian menjadi keutamaan dalam keluarga Malaysia. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di Khemah STEM AI dapat menyuntik inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka dunia teknologi demi masa depan negara yang lebih gemilang.
MOSTI kekal komited dalam memastikan penguasaan teknologi AI dan bidang STEM tidak hanya bersifat eksklusif, malah menjadi milik seluruh lapisan masyarakat demi memacu Malaysia sebagai negara inovasi yang inklusif.
Jumpa lagi di program akan datang !🤝🫰
Skip to content