03 Julai 2025, Putrajaya – Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) telah mengadakan Program High-Level STI Policy Talk 2025: “Science Diplomacy” yang disampaikan oleh YBhg. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid FASc, Pengerusi bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) bertempat di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.
YBhg. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri dalam perkongsiannya menekankan mengenai Diplomasi Sains (Science Diplomasy) sebagai suatu pendekatan strategik yang menggabungkan kerjasama saintifik dan kerjasama antarabangsa bagi menangani cabaran global, membuka akses kepada teknologi termaju serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di peringkat antarabangsa.
Program ini telah di hadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah bin Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, penggubal dasar, pemain utama STI dan pegawai-pegawai kanan kementerian bagi memperkukuh kefahaman serta peranan diplomasi sains dalam memperkasa dasar luar negara dan kerjasama global.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan diplomasi sains negara ke peringkat yang lebih tinggi! 






