Skip to main content
Berita

Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED)

3 Oktober 2024, Putrajaya – Pada 3 Oktober 2024 telah berlangsung mesyuarat di antara YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia (MOSTI), bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Satvinder Singh, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Bagi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Mesyuarat ini juga dihadiri oleh delegasi daripada Sekretariat ASEAN dan pegawai-pegawai kanan daripada MOSTI.
Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan sebagai langkah dinamik bagi Sekretariat ASEAN untuk melibatkan diri dengan Malaysia dalam persiapan bagi Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) dan/atau keutamaan berkaitan ekonomi yang selaras dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025; serta bagi membincangkan potensi bidang kerjasama yang Malaysia ingin teroka di bawah Kepengerusiannya.
TYT Satvinder Singh menyatakan bahawa ASEAN bersedia memberi sokongan penuh kepada Malaysia sebagai usaha bagi mengukuhkan kerjasama antara Negara-negara Anggota ASEAN (AMS) dalam mengatasi cabaran demi menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.
Skip to content