Skip to main content
Berita

Kerjasama Strategik Malaysia-Pakistan dalam Bidang Sains dan Teknologi sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama, Perdana Menteri Republik Islam Pakistan ke Malaysia

06 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Muhammad Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Republik Islam Pakistan di Putrajaya.

Ketibaan TYT Perdana Menteri Pakistan disambut oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dengan penuh adat istiadat dan penghormatan negara.
Lawatan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang sains dan teknologi, perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
Pertemuan ini turut membuka ruang ke arah memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sains dan teknologi, sejajar dengan usaha Malaysia dan Pakistan untuk membina masa depan yang berdaya saing dan inovatif.
MOSTI akan terus komited mempererat hubungan dengan Pakistan demi pembangunan negara, kesejahteraan bersama, serta kestabilan dan kemakmuran serantau.
Skip to content