Skip to main content
BeritaCovid-19

Ketibaan Bekalan Vaksin CanSino

By 2021-08-20Ogos 24th, 2021No Comments
20 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Malaysia telah menerima bekalan pertama vaksin dos tunggal, CanSino, yang akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan pedalaman.
Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk “finished product” telah tiba di KLIA Kargo pada pagi ini dari Beijing, China, iaitu sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin yang telah ditempah oleh Malaysia.
Hadir untuk menyaksikan ketibaan tersebut adalah YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir ialah YBrs. Ts. D  r. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu. Ketika ini tiga jenis vaksin diberikan untuk penduduk Malaysia di bawah PICK, iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca.
Adalah diharapkan dengan penambahan vaksin CanSino ini dapat membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Skip to content