Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.00 pagi yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo). Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.
Turut sama hadir untuk menerima vaksin di KLIA termasuklah YB Dato ’Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan dan YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.
Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2021. Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bersama petugas barisan hadapan.
Ada tiga peringkat Program Imunisasi:
- Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan;
- Fasa 2 (April – Ogos 2021): warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan
- Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.