Skip to main content
BeritaCovid-19

Ketibaan Vaksin Pfizer di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang

5 Julai 2021, Selangor – Satu juta dos vaksin jenis Pfizer tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi. Vaksin sumbangan Amerika Syarikat (AS) itu dibawa menaiki pesawat Raya Airways TH 384. Sumbangan ini akan membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Antara yang hadir di LTSAAS hari ini termasuklah YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri dan H.E. Mr. Brian D. McFeeters, Duta AS ke Malaysia.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan AS atas sumbangan ini dan semoga ianya akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

 

Skip to content