Skip to main content
BeritaCovid-19

Ketibaan Vaksin Sinovac dari China

By 2021-02-26Jun 10th, 2021No Comments
Pesawat MAS, penerbangan MH319 yang membawa Bekalan vaksin Sinovac dari China selamat mendarat di KLIA pagi tadi. Perjalanan vaksin ini dari kilang Sinovac di Beijing, China telah diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini tiba secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 Liter dan diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300, yang boleh diproses menjadi lebih dari 300,000 dos.
Turut sama berada di KLIA hari ini ialah YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK); YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan H.E. Ouyang Yujing, Duta Republik China ke Malaysia. Malaysia telah memulakan PICK pada 24 Februari 2021 bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bersama petugas barisan hadapan.