4 Oktober 2023, – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri MOSTI, bersama Marina Che Mokhtar dari PwC Malaysia telah dijemput sebagai ahli panel program KLVF Decodes anjuran MDV pada 4 Oktober 2023 yang bertajuk “Connecting the Dots: Driving the Success of Malaysia’s Tech Startups”.
Sesi perbincangan tersebut yang dikendalikan oleh Ibrahim Sani dari Astro Awani antara lain membincangkan isu-isu berkaitan ekosistem syarikat teknologi pemula dari perspektif pasaran dan kerajaan serta memberikan pelbagai pandangan berhubung penambahbaikan serta hala tuju sektor syarikat pemula teknologi negara.
Selain itu, YB Datuk Arthur turut berkongsi harapan serta keyakinan beliau terhadap potensi besar syarikat pemula teknologi negara serta menegaskan komitmen penuh oleh kerajaan, terutamanya MOSTI, dalam memacu pertumbuhan ekonomi menerusi teknologi dan inovasi.