Skip to main content
Berita

Kontinjen MOSTI Menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022

31 Ogos 2022, Kuala Lumpur – Kontinjen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini turut menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Kontinjen MOSTI diketuai oleh YBrs. Dr. K.Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dibarisi dengan kekuatan 84 orang yang terdiri daripada gabungan anggota kementerian, jabatan dan agensi dibawahnya.

Kontinjen MOSTI membawa aspirasi untuk “Merakyatkan Sains dan Menginsankan Teknologi”. Dengan semangat itu, MOSTI sentiasa berada di hadapan dalam memacu perkembangan sains dan teknologi di Malaysia bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat industri berteknologi tinggi.

Segak dengan pakaian serba merah, kesepaduan yang ditonjolkan adalah bukti kesungguhan keluarga MOSTI mendukung hasrat ‘keterangkuman’ Keluarga Malaysia agar terus mempunyai daya saing dengan kepakaran sains dan teknologi yang termaju.

Syabas kepada barisan kontinjen MOSTI. Terima kasih juga buat seluruh Keluarga Malaysia terutamanya yang berada di Dataran Merdeka atas sokongan dan semangat kepada kontinjen MOSTI khususnya dan kesemua peserta/kontinjen Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

Skip to content