25 November 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjadi salah seorang panel dalam sesi Forum yang dianjurkan sempena Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sesi yang bertajuk “Penggunaan AI untuk Kecekapan Urusan Pentadbiran” itu antara lainnya mengulas bagaimana teknologi Kecerdasan Buatan (AI) boleh digunakan untuk mengautomasi tugas rutin, meningkatkan ketepatan analisis data dan mempercepat proses membuat keputusan.
Turut meluangkan masa mengikuti sesi forum tersebut ialah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.