Skip to main content
Berita

Korea-ASEAN Digital Innovation Flagship (KADIF) Project

18 Oktober 2024, Putrajaya – Pada 18 Oktober 2024, telah berlangsung mesyuarat di antara YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), bersama Tuan Hur Sung-Wook, Presiden National IT Industry Promotion Agency (NIPA), Republik Korea.

Sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja Tuan Hur Sung-Wook ke Malaysia, mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli delegasi daripada NIPA dan Kedutaan Besar Korea, serta pegawai-pegawai kanan daripada MOSTI.
Dalam usaha Malaysia mendepani Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025, mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan kolaborasi antara ASEAN bersama Republik Korea (ROK) dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Perbincangan ini menumpukan kepada kerjasama dalam bidang Artificial Intelligence (AI) dan startup (syarikat pemula) yang dilaksanakan di bawah inisiatif Korea-ASEAN Digital Innovation Flagship (KADIF) Project. Kedua-dua pihak menyambut baik usaha dan kerjasama dalam memastikan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekaligus memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia selaku Negara Anggota ASEAN bersama Rakan Dialognya, Republik Korea.
Skip to content