08 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah meluangkan masa melawat reruai pameran sempena National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2025 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Pameran yang diadakan dari 6 hingga 9 Oktober 2025 menghimpunkan lebih 150 pempamer daripada agensi kerajaan, universiti, syarikat pemula di bawah program MOSTI serta organisasi antarabangsa. Ia menjadi platform untuk menampilkan barangan dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang telah berjaya dikomersialkan.
Antara reruai yang dilawati ialah GK Aqua Sdn. Bhd., Peat Organic (M) Sdn. Bhd., SNH Cosmetic Lab Sdn. Bhd., Frais Funghi Sdn. Bhd., Prostain Technologies Sdn. Bhd., Atoz Carbon Cycle dan Voice for Health.

Maklumat lanjut di
https://nice.mosti.gov.my/
