Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Perkukuh Diplomasi Sains di 22nd Annual Meeting of the Science and Technology in Society (STS) Forum 2025, Kyoto Jepun

05 Oktober 2025, Jepun – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan beberapa sesi kunjungan hormat yang berimpak tinggi bersama pemimpin dan tokoh antarabangsa seperti berikut:-

1. Encik Osamu Kobayashi, Pengarah Japan Science & Technology Agency (JST);
2. Puan Deborah Wince-Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Federation of Competitiveness Councils (GFCC);
3. Profesor Sukit Limpijumnong, Presiden National Science & Technology Development Agency (NSTDA);
4. Profesor Dr. Orhan Aydin, Presiden TÜBİTAK;
5. Encik Peter Brabeck-Letmathe, Pengerusi Board of Directors of Geneva Science and Diplomacy Anticipator (GESDA); dan
6. Encik André Kudelski, Presiden Innosuisse – Swiss Innovation Agency.
Sesi-sesi tersebut memberi peluang kepada MOSTI untuk memperkukuh jaringan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi strategik yang dikenal pasti sebagai pemacu sosioekonomi negara di bawah Kerangka 10–10 MySTIE selaras dengan pelaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.
Inisiatif ini turut memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 melalui pendekatan diplomasi sains, dalam usaha memperluas kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), memperkasakan ekosistem startup serta memacu agenda pembangunan mampan serantau.
Skip to content