20 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) bersama wakil-wakil dari LJM.
Semasa kunjungan, Lembaga Jurutera Malaysia turut memberikan taklimat berkenaan permohonan penandatangan sementara (Provisional Signatory) Seoul Accord.