Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Daripada Member of the Legislative Council (Technology and Innovation Functional Constituency), Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Hon. Mr. Duncan Chiu Ke Atas YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

13 Ogos 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada Hon. Mr. Duncan Chiu, Ahli Majlis Perundangan Hong Kong bagi kawasan Technology and Innovation Functional Constituency serta Presiden Hong Kong Information Technology Joint Council (HKITJC) pada 13 Ogos 2026 di MOSTI.

Turut hadir adalah rombongan yang terdiri dari wakil dari syarikat-syarikat terkemuka Hong Kong seperti Eagle Cloud, Infinigence AI, Insight Robotics Limited, Z-One, Chinasoft, Skybase Aviation, Insilico Medicine dan lain-lain.
Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna untuk bertukar pandangan mengenai kerjasama Malaysia–Hong Kong dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, khususnya dalam teknologi baharu, inovasi digital, pengkomersialan teknologi, pembangunan syarikat pemula serta pengukuhan hubungan antara industri.
Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif turut meneliti peluang untuk memperkukuh kerjasama strategik serta merapatkan jaringan antara ekosistem teknologi dan inovasi Malaysia dan Hong Kong. Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan menterjemahkan bidang kepentingan bersama kepada inisiatif, perkongsian dan hasil yang konkrit bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kemajuan teknologi.
MOSTI berharap agar hubungan dengan pihak Hong Kong dapat terus diperkukuh melalui kerjasama STI yang saling memberi manfaat dan berimpak tinggi.
Skip to content